Ahad, 15 Mei 2011

SELAMAT JALAN BUAT SEMUA

Bermula minggu ini,ramai kenalanku yang akan meninggalkan kampung halaman dan pergi ke tempat orang.Ada yang menyahut seruan negara,ada yang menyambung pelajaran,dan ada juga yang pergi bekerja.Saat inilah semua pergi dengan urusan masing-masing meninggalkan rakan-rakan yang pernah bersama sewaktu di kampung halaman dahulu.Masa begitu cepat berlalu dan ada antara mereka telah meningkat usia matangnya dan perlu mengharungi perubahan hidup.Tidak ada lagi bagi mereka bergantung harap kepada ibu bapa kerana mereka perlu belajar untuk berdikari mulai saat ini.

Kepada yang akan meninggalkan rumah,kampung,daerah mahupun negeri mulai hari ini (mereka yang terlibat dengan PLKN Kumpulan 2) aku ucapkan selamat jalan dan selamat berkhidmat untuk negara.Pergilah ke sana dengan penuh semangat dan komitmen serta semangat ingin berbakti kepada negara khususnya.Biarlah anda pulang nanti sebagai wira-wirawati negara yang penuh transformasi.Ambil pengalaman di sana untuk diterjemahkan dalam hidup anda selepas ini.

Manakala kepada mereka yang akan meninggalkan kampung halaman mulai minggu depan untuk menyambung pelajaran khususnya pelajar matrikulasi dan pelajar UiTM pergilah ke sana dengan penuh semangat dan ingatlah harapan ibu bapa yang kita pikul .Ibu bapa kita mengharapkan kejayaan kita di menara gading dan kita sepatutnya belajar lebih bersungguh lagi demi masa depan yang cemerlang.Jadikan kejayaan melanjutkan pelajaran ke IPTA sebagai permulaan kepada kejayaan seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan