Isnin, 25 April 2011

ALLHAMDURILLAH SEMUANYA BERJALAN LANCAR

Pada minggu ini aku telah menghadiri sesi peperiksaan khas dan temu duga bagi kemasukan Latihan Separa Perubatan kendalian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Kolej Kejururawatan Kubang Kerian Kelantan.Apabila dipanggil untuk temu duga,aku tidaklah terasa takut atau berdebar kerana sudah biasa bertemu duga terutamanya sewaktu zaman persekolahan serta sudah biasa berkomunikasi dengan orang ramai.Jadi aku gunakan pengalaman aku itu untuk diterjemahkan dalam temu duga ini.

Antara jawatan yang ditawarkan dalam temu duga tersebut ialah:

1.Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

2.Penolong Pegawai Farmasi

3.Juruteknologi Makmal Perubatan

4.Penolong Pegawai Perubatan

5.Juruteknologi Pergigian

Dalam semua jawatan yang ditawarkan aku memilih Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran kerana aku cukup meminati jawatan tersebut memandangkan ayahandaku pernah berkhidmat selaku Penyiasat Luar iaitu pembantu kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.Oleh itu,tugas atau peranan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran sudah cukup sinonim dan difahami aku sendiri kerana sudah terdedah dengan peranan mereka sejak kecil lagi.

Sesi temu duga tersebut bermula lewat 30minit seperti yang dijadualkan iaitu pukul 9.30 pagi.Aku merupakan orang pertama ditemu duga bagi calon pelatih memandangkan huruf pertama nama aku bermula dengan huruf A.Walaupun aku calon pertama ditemu duga,ini tidak sedikit pun mendebarkan aku kerana sudah biasa dalam aspek temu duga.Alhamdurillah,semunya berjalan lancar dengan proses menemu duga berjalan dengan baik dan aku dapat menjawab dengan baik.Kini aku serahkan sahaja rezeki aku kepada ALLAH dan sekirannya ada rezeki aku akan mendapat tawaran sebagai pelatih...AMIN!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan