Khamis, 7 April 2011

YA ALLAH BERIKANLAH AKU KEKUATAN

Bimbang dan rungsing memikirkan masa depan yang akan datang...bimbang juga dengan usia yang semakin hampir dengan kematian kerana semakin kita meningkat usia,maka semakin hampirlah kematian kepada kita.Bimbang juga dengan amalan yang dikerjakan untuk bekalan ke akhirat adakah cukup ataupun belum memadai untuk keluar daripada azab api neraka ALLAH SWT.Bimbang juga melihat tanda-tanda kiamat yang semakin hampir seperti anak menjadi tuan kepada ibunya,bangunan lebih tinggi daripada masjid,dan gempa bumi berlaku dengan banyak.

Soal keduniaan pula pening memikirkan nasib hidup ini yang diuji pelbagai dugaan daripada Pencipta.Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia manusia diciptakan untuk berpasangan antara lelaki dan perempuan.Apa yang bermain dalam benak fikiran aku sekarang,sejauh manakah perhubungan antara aku dengan si dia dan bagaimanakah pengakhiran bagi perhubungan ini.Adakah ALLAH SWT akan memanjangkan jodoh kami yang sudah memasuki 6 tahun atau dia bukanlah jodoh dalam kehidupan aku?.Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui kerana jodoh,pertemuan,ajal,dan maut ditanganNYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan