Jumaat, 29 April 2011

LIGA MALAYSIA BELUM PROFESIONAL

Tan Sri Anuar Musa
Liga Malaysia (Liga-M) masih belum mencapai taraf profesional sebenar dan program pembangunan bola sepak akar umbi negara masih ketinggalan 20 tahun berbanding negara lain yang lebih maju dalam aspek bola sepak seperti Jepun dan Korea.Kemudahan bola sepak di negara kita juga tidak setanding dengan negara handalan Asia yang mana memainkan peranan penting dalam menyediakan kondusi terbaik buat pemain.Sistem pengurusan kelab juga dilihat agak ketinggalan berbanding kelab-kelab di Jepun dan Korea.

Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Timbalan Presiden FAM,Tan Sri Panglima Hj Anuar Musa kelmarin yang menyatakan tahap Liga-M masih belum profesional.Beliau menyatakan bahawa ramai yang menganggap bahawa Liga-M dikatakan profesional kerana pemain dibayar secara profesional,tetapi dari segi pegurusan liga kita masih belum menepati kriteria liga profesional yang ditetapkan badan bola sepak serantau seperti AFF dan AFC.Walau bagaimanapun,beliau menyatakan sudah ada peningkatan dalam perjalanan liga tempatan tahun ini.

Buat masa ini hanya pasukan Kelantan sahaja yang dilihat telah bergerak ke arah pegurusan profesional iaitu pegurusan pasukan dilakukan oleh sebuah badan bebas yang tidak terikat dengan FAM atau persatuan negeri.The Red Warriors Bhd. merupakan sebuah badan bebas yang menjalankan pegurusan ke atas perjalanan pasukan Kelantan serta program pembangunan termasuklah soal pemasaran,penajaan,dan kewangan pasukan.Ini merupakan permulaan awal kepada pasukan Kelantan untuk menjadi contoh kepada negeri lain sebagai pasukan yang betul-betul profesional di Liga Malaysia menjelang 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan