Jumaat, 15 April 2011

PILIHANRAYA UMUM KE-10 SARAWAK

Esok iaitu tanggal 16 April 2011 segalanya akan terjawab apabila rakyat Sarawak akan keluar untuk mengundi bagi menentukan kerajaan yang akan mentadbir negeri mereka untukpenggal seterusnya.Setelah berkempen untuk mendapatkan undi rakyat,esok akan menjadi penentu siapa yang diberi mandat mewakili suara rakyat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kepada rakyat Sarawak,keluarlah untuk membuang undi esok kerana mengundi satu kewajipan kepada anda bagi menentukan saf-saf kepimpinan baru di negeri anda.Buatlah pilihan yang bijak dengan memilih pemimpin yang berwibawa dan berkeupayaan.Ingat,undi anda menentu masa depan anda dan pewaris masa depan anda.SELAMAT MENGUNDI!!!SELAMATKAN MALAYSIA!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan