Ahad, 10 April 2011

SEPETANG BERSAMA THE RED WARRIORS

Adik ambo bersama Apex
Sehari sebelum Kelantan membelasah Felda United 6-0,saya sempat bersama The Red Warriors menjalani latihan terakhir sebelum sepak mula Liga Super keesokan hari.Saya bersama berberapa kenalan sempat melihat corak latihan taktikal yang diterapkan Dato'M.Karathu kepada anak-anak buahnya.
K.Soley dan Danial Fadly
Pada petang itu juga saya juga sempat berbual dengan ''wira'' Kelantan pada malam Kelantan membelasah Felda United iaitu Danial Fadly Abdullah serta K.Soley@Solehin Kanasian Abdullah.Saya berbual dengan mereka sambil memberi kata-kata semangat kepada mereka dan sempat berseloroh supaya Danial Fadly menjaringkan gol untuk saya.Ternyata Danial Fadly menjaringkan 1gol pada malam membelasah Felda United.Taniah buat Danial Fadly dan saya berharap anda meneruskan kecemerlangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan