Khamis, 21 April 2011

ANTARA REZEKI,IKHTIAR,DAN TAWAKAL

Rezeki yang kita dapat di muka bumi ini telah ditentukan ALLAH SWT tanpa berunding dengan sesiapa untuk diberikan rezeki kepada kita.Soal hidup,jodoh,mati,dan rezeki semuanya telah terletak ditangan ALLAH YANG MAHA KUASA.Kita hidup tidak perlulah bergantung harap kepada manusia untuk memberi rezeki kepada kita.Apa yang penting adalah keyakinan kita kepadaNYA dalam menentukan perjalanan pengembaraan kita menuju ke akhirat.Ingatlah,tiada kuasa yang Maha Agung melainkan  kuasa ALLAH di alam ini dan kepadaNYA jugalah kita patut meminta pertolongan. Firman Allah SWT, "berdoalah kamu kpd-KU necscaya Aku perkenankn doa prmohonan kamu., ssungguhnya org-org yg sombong takbur drpd ibadat dan berdoa kpd-KU akn masuk NERAKA JAHANNAM dlm keadaan yg sangat HINA." -surah al-Mukminun ayat 60-.

Ikhtiar dalam melakukan sesuatu juga boleh lakukan tetapi dengan bersyarat iaitu tetap meletakan ALLAH sebagai yang pertama untuk kita bergantung harap.Semestinya meminta pertolongan manusia seperti kita boleh dilakukan dengan niat kita berikhtiar.Tetapi janganlah lupa akan tuhan yang menguasai alam ini kerana ikhtiar yang sebenar-benarnya adalah ikhtiar kepada ALLAH.Sesungguhnya dalam ISLAM itu sendiri menyuruh kita berikhtiar kerana pertolongan daripada tuhan bukan datang dengan kita hanya bergoyang kaki.Firman Allah SWT,"aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah nasib mereka".

Setelah berusaha dan berikhtiar seharunsya kita bertawakal sepenuhnya kepada ALLAH dan menyerahkan segalanya kepadaNYA.Tawakal yang sempurna adalah tawakal yang ikhlas dan sepenuhnya kepada ALLAH kerana ALLAH adalah tempat kita berserah.TAA WAA KALL TULL AL LA LLAH...tawakal kepada ALLAH adalah jalan terbaik dalam kehidupan kita di dunia ini demi mendapat keredaannya di dunia dan akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan