Isnin, 18 April 2011

YA ALLAH BUKAKANLAH PINTU REZEKI BUAT KU

ALLHAMDURILLAH,syukur seribu rahmat kepada ALLAH TUHAN PENCIPTA ALAM...SELAWAT DAN SALAM KEATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W diatas rezeki yang dikurniakan kepada hamba mu ini.Setelah kecewa beberapa hari gagal dipanggil temu duga untuk kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG) ambilan Julai,ALLAH telah memberi rezeki yang lain kepada ku .Rezeki yang dikurniakanNYA kepada ku merupakan satu rahmat dalam meneruskan kehidupan di dunia ini.

Betullah apa yang dikatakan setiap kejadian pasti ada hikmahnya dan ternyata kegagalan aku untuk menempatkan diri di IPG bukanlah kegagalan selama-lamanya kerana pasti rezeki lain yang datang.Tanggal 17 April 2011 aku menerima sepucuk surat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).Hati ini menerima dengan penuh perasaan yang bercampur baur sambil berdebar-debar membuka kepingan surat itu.

Dalam surat tersebut terkandung tulisan ANDA DIHENDAKI MENGHADIRI UJIAN KHAS DAN TEMUDUGA BAGI JAWATAN BERIKUT.Saat terbaca perkataan itu,hati ini tiba-tiba bertukar ceria bagai nak gundah kerana permohanan ke SPA berjaya untuk ditemuduga.Syukur kepada Ilahi kerana kali ini aku mendapat kabar gembira setelah kecewa.Hanya ALLAH sahaja yang tahu bertapa bersyukurnya aku dengan nikmat yang diberikanNYA.

Kini aku perlu menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk menghadiri temuduga tersebut yang hanya kurang daripada seminggu sahaja lagi.Apa yang perlu aku lakukan adalah berusaha bersungguh-sungguh dalam temuduga tersebut diiringi doa yang tidak putus-putus kepada ALLAH agar dibukakan pintu rezeki buatku supaya berjaya mendapat tempat di SPA.Sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada ALLAH dan kita manusia perlu berserah serta bertawakal kepadanya.''LA HAL WA LLA KU WA TAL ILLA BIL LA HIL AZIMM" ,"SESUNGGUHNYA TIADA UPAYAKU MELAINKAN PERTOLONGAN MU YA ALLAH".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan